Terlalu banyak berfikir = merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
TIPS TIPS UNTUK MENGELAKKAN KULIT BERKEDUT SEPERTI DI ATAS :)
- Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan juga kerohanian. Berjalan di sekitar rumah adalah satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan peredaran darah.
- Jangan merokok ( aku tak merokok, hidu asap rokok banyak laa )
Merokok merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan. Ada wanita beranggapan merokok boleh menguruskan badan? Sebenarnya tidak, apabila merokok dan wanita terkena penyakit, maka badan pesakit akan kurus.
- Tidur yang cukup ( keje 12 jam . memang tak cukup tido laa . )
Waktu malam masa terbaik untuk tidur. Tidak cukup tidur akan membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia.
- Elak bermekap ( kadang kadang malas nak tanggalkan . hamekkk kauu !! )
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa mekap melekat pada muka ketika tidur.
- Makanan ( semua aku sebatt , patot lahh ==' )
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan makanan mengikut piramid makanan. Pastikan semua menu sihat disediakan.
- Lakukan rawatan wajah
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat rawatan kulit, mencuci rambut di salun, melakukan sauna dan spa atau menikmati mandian buih di rumah. Anda boleh melakukan sendiri. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan mandi. Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
- Elak tekanan
Stres mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di bilik tidur bagi meredakan ketegangan.
- Anggap diri hebat
Anggap diri sentiasa hebat dan cantik. Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan sendirinya penampilan akan menyerlah.
- Ketawa
Ketawa penawar duka. Sentiasa senyum kerana senyuman terapi paling mudah menghalang proses penuaan
No comments:
Post a Comment